awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
[TERKINI] Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi di Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan cadang wujudkan dua RnR di jajaran projek LTU, KBKK

Bernama
Bernama
22/07/2025
07:10 MYT
Kelantan cadang wujudkan dua RnR di jajaran projek LTU, KBKK
Izani berkata RnR yang dikenal pasti bagi jajaran LTU adalah di Laloh, Kuala Krai manakala jajaran KBKK pula di Bukit Bakar, Machang. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Kelantan bercadang mewujudkan dua kawasan hentian Rehat dan Rawat (RnR) di jajaran Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai (KBKK).

Ringkasan AI
  • Kerajaan Kelantan bercadang mewujudkan dua kawasan Rehat dan Rawat (RnR) di jajaran Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai (KBKK), masing-masing di Laloh, Kuala Krai dan Bukit Bakar, Machang.
  • Rancangan pembinaan RnR ini bertujuan memberi limpahan ekonomi kepada kawasan setempat melalui perhubungan baharu, dengan reka bentuk dicadangkan mengikut identiti negeri Kelantan.
  • Cadangan ini dibangkitkan dalam persidangan DUN Kelantan sebagai usaha meningkatkan sektor ekonomi dan tarikan pelancongan di Kuala Krai selaras dengan pembangunan LTU.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Izani Husin berkata RnR yang dikenal pasti bagi jajaran LTU adalah di Laloh, Kuala Krai manakala jajaran KBKK pula di Bukit Bakar, Machang.
"Kita bersetuju bahawa dengan adanya RnR ini akan memberi limpahan ekonomi kerana perhubungan baharu ini ada kaitan dengan perkembangan ekonomi, jadi ia memang sudah ada dalam perancangan.
"Dari segi reka bentuk RnR pula kita masih belum ada lagi tetapi kita bersetuju sekiranya reka bentuk ini dibina mengikut reka bentuk negeri Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Zubir Abu Bakar (PAS-Mengkebang) yang bertanya perancangan untuk mewujudkan RnR di Kuala Krai bagi meningkatkan sektor ekonomi setempat dan tarikan pelancongan selaras dengan pembinaan LTU, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#RNR
#LTU
#KBKK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan