awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rezeki sekampung: Jurutera lonjak pelancongan desa di Jeram
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan catat peningkatan kes denggi

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
12/07/2020
11:21 MYT
Kelantan catat peningkatan kes denggi
Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini juga, sebanyak empat kematian melibatkan mangsa demam denggi turut dicatatkan di negeri Kelantan.
Jumlah kes denggi yang dilaporkan di Kelantan sehingga minggu ke-28 tahun ini mencecah angka 2,226, meningkat 159 kes berbanding tempoh yang sama pada 2019.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, daerah Kota Bharu dan Bachok mencatatkan kes paling tinggi.
Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini juga, Dr Izani berkata, sebanyak empat kematian melibatkan mangsa demam denggi turut dicatatkan.
Menurut beliau, seperti tahun-tahun sebelum ini, faktor utama penyumbang pada peningkatan kes ialah faktor cuaca khususnya ketika musim hujan kebersihan dan ketika anak tempatan pulang ke kampung halaman semasa cuti perayaan.
Katanya, pada bulan Mac lalu, jumlah kes denggi berkurangan, namun apabila hujan mula turun, akan berlaku peningkatan.
“Kemudian masa raya (Aidilfitri) (kepulangan) anak perantau (kes) meningkat. Kalau untuk raya haji (Aidiladha) ini kita jangka akan meningkat (juga),” kata beliau dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Kawalan Deenggi dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), di sini, hari ini.
Dalam masa sama, Dr Izani berkata, semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam membendung pandemik COVID-19, kes denggi di Kelantan juga menunjukkan pengurangan.
Sehubungan itu, dalam usaha membendung pembiakan nyamuk Aedes, beliau berkata, pelan tindakan lebih agresif bagi menangani masalah kebersihan dan cara pengurusan sampah telah dirangka pihak berwajib.
Antaranya, kata beliau ialah, PBT dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan akan mengadakan program gotong-royong yang dikenali sebagai program Kelantanku Bersih secara berperingkat di seluruh kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan panas demam denggi.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya menjaga persekitaran kawasan rumah bagi mengelak daripada dikenakan kompaun oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).
Sepanjang tahun ini, sebanyak 1,264 kompaun telah dikenakan ke atas pesalah selain 381 notis dikeluarkan.
Topic Berkaitan
#Bachok
#Kelantan
#kes denggi
#Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan