awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan peruntuk RM41 juta kepada PBT tahun ini

Bernama
Bernama
13/01/2025
14:24 MYT
Kelantan peruntuk RM41 juta kepada PBT tahun ini
Hilmi ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis PBT Negeri Kelantan 2025. - Gambar Sinar Harian
KOTA BHARU: Kerajaan negeri memperuntukkan RM41 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun ini termasuk bagi menggiatkan lagi kempen 'Kelantanku Bersih'.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata jumlah itu bertambah berbanding RM28.6 juta pada 2024, sejajar peningkatan kos penyelengaraan pelbagai infrastruktur yang disediakan kepada rakyat.
"Kita telah menaik taraf banyak tempat menarik, justeru tanggungjawab penyelenggaraan turut meningkat termasuk di taman-taman rekreasi.
"Kita sasarkan setiap jajahan ada taman rekreasi untuk dimanfaatkan rakyat sejajar dasar negara yang mahu kawasan lapang diselenggara atau dibaik pulih untuk manfaat orang ramai," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis PBT Negeri Kelantan 2025 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Sebanyak 288 ahli majlis menerima watikah pelantikan pada majlis berkenaan yang disampaikan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Hilmi berkata semua ahli majlis juga disaran memberi penekanan kepada pelaksanaan kempen 'Kelantanku Bersih' yang memfokuskan kepada matlamat menjadikan negeri ini bersih, indah dan ceria.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pbt
#ahli majlis
#taman rekreasi
#dasar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan