awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan teruskan usaha laksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah

Bernama
Bernama
12/11/2024
21:00 MYT
Kelantan teruskan usaha laksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah
MOHD NASSURUDDIN: Kita tidak 'matikan enjin kereta', hanya tunggu lampu hijau untuk bergerak bagi pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan secara menyeluruh. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan terus berjuang memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dilaksanakan dengan menggubal semula 16 seksyen yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan Februari lepas.
Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara berkenaan, terutama dalam mendepani cabaran semasa.
"Ini memberi isyarat bahawa kita tidak 'matikan enjin kereta', hanya tunggu lampu hijau untuk bergerak bagi pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan secara menyeluruh," kata beliau berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Hududullah 2024, di sini, semalam.
Mohd Nassuruddin berkata sambutan itu yang diadakan setiap tahun adalah bagi menzahirkan kesungguhan, iltizam dan komitmen tinggi dalam memartabatkan undang-undang berkenaan sekali gus meninggikan syiar Islam di negeri ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Mat Daud berkata jawatankuasa teknikal telah dibentuk bulan lepas, bagi menyediakan draf pindaan kepada 16 seksyen yang telah terbatal.
"Jawatankuasa khas itu dianggotai 15 pakar perundangan dan dijangka menyiapkan draf itu hujung tahun ini, sebelum dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun depan," katanya.
Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb memutuskan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan adalah batal dan tidak sah, selepas membenarkan permohonan seorang peguam yang berasal dari Kelantan dan anaknya bagi mencabar isu perlembagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Enakmen Kanun Jenayah Syariah
#Mohd Nassuruddin Daud
#Mahkamah Persekutuan
#gubal semula 16 seksyen yang dibatalkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan