awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelindan lori terlibat kemalangan meninggal dunia ketika rawatan

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
08/01/2023
00:45 MYT
Kelindan lori terlibat kemalangan meninggal dunia ketika rawatan
Treler yang dinaiki mangsa terbabas lalu melanggar penghadang konkrit di selekoh Kilometer 43 Lebuh Raya Karak menghala ke Bentong, dekat Bukit Tinggi, pada Sabtu. - Foto ihsan IPD BENTONG
BENTONG: Seorang kelindan lori meninggal dunia di Hospital Bentong setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 43 Lebuh Raya Karak menghala ke Bentong dekat Bukit Tinggi semalam.
Mangsa, V Shunmugam, 69 tahun, yang mengalami kecederaan parah, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian kira-kira jam 4.20 petang semalam membabitkan sebuah treler yang terbabas semasa menuruni bukit.
"Kejadian dipercayai berlaku apabila treler yang dinaiki mangsa bersama pemandu berusia 59 tahun mengalami kegagalan brek semasa menuruni bukit di Bukit Tinggi.
"Kenderaan tersebut kemudiannya terbabas lalu melanggar penghadang konkrit di selekoh kawasan kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Akibat kemalangan tersebut, pemandu lori mengalami kecederaan patah tangan kiri manakala kelindan parah di bahagian kepala dan tangan.
Zaiham berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kita berharap pemandu kenderaan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.
"Dan mana-mana pihak yang melihat kejadian ini diminta supaya tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk membantu siasatan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#lebuh raya Karak
#kelindan lori maut
#Zaiham Mohd Kahar
#kegagalan brek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan