awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas UPSI: Pelajar terlibat nahas syahid akhirat - Timbalan Mufti Perak

Sinar Harian
Sinar Harian
09/06/2025
23:40 MYT
Kemalangan bas UPSI: Pelajar terlibat nahas syahid akhirat - Timbalan Mufti Perak
Pelajar UPSI yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, awal pagi Isnin, boleh dikategorikan sebagai syahid akhirat.
IPOH: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, awal pagi Isnin, boleh dikategorikan sebagai syahid akhirat.
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, status tersebut merujuk kepada pandangan para ulama yang menyatakan bahawa kematian seseorang dalam perjalanan menuntut ilmu dan bukan berpunca daripada kecuaian sendiri, dikira sebagai mati syahid akhirat.
Menurutnya, terdapat pelbagai pandangan dalam kalangan ulama berhubung kematian akibat kemalangan jalan raya, namun ia bergantung kepada faktor punca kejadian sama ada disebabkan kecuaian sendiri atau sebaliknya.
“Ulama berpendapat bahawa kematian seorang penuntut ilmu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, yang bukan berpunca daripada kecuaiannya dan berada dalam perjalanan untuk tujuan menuntut ilmu, boleh dikiaskan sebagai mati syahid akhirat.
“Ini sebagaimana orang yang meninggal dunia akibat tertimbus bangunan atau lemas. Dalam kes tragedi kemalangan membabitkan pelajar UPSI ini, mereka termasuk dalam kategori mati yang bukan disebabkan kecuaian sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, pada Isnin.
Dalam pada itu, Zamri turut menggesa agensi berkaitan yang menguruskan prasarana jalan, keselamatan kenderaan, etika pemanduan serta langkah-langkah perlindungan penumpang agar menyemak semula prosedur dan peraturan sedia ada sebagai ikhtiar mengekang kejadian serupa daripada berulang.
Katanya, kejadian menyayat hati itu berlaku hanya beberapa hari selepas nahas membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), sekali gus menimbulkan keperluan agar aspek keselamatan jalan raya diberi perhatian serius. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan bas UPSI
#syahid akhirat
#perjalanan menuntut ilmu
#timbalan mufti perak
#UPSI Berduka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan