awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GSF 2.0 mulakan pelayaran menuju Gaza
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan maut: MIC tuntut penjelasan undang-undang tidak konsisten

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/04/2026
10:41 MYT
Kemalangan maut: MIC tuntut penjelasan undang-undang tidak konsisten
Sivaraj Chandran menegaskan, undang-undang sepatutnya berfungsi berdasarkan prinsip yang tetap, bukan reaksi terhadap sesuatu kes tertentu. - Gambar fail

MIC menuntut penjelasan berhubung pelaksanaan undang-undang dalam kes kemalangan maut, khususnya membabitkan penggunaan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pengarah Strategi Nasional MIC, Datuk Sivaraj Chandran, menegaskan undang-undang sepatutnya berfungsi berdasarkan prinsip yang tetap, bukan reaksi terhadap sesuatu kes tertentu.

Beliau berkata, sekiranya pendekatan baharu diambil untuk mengklasifikasikan kes kemalangan maut di bawah Seksyen 302, ia perlu dinyatakan dengan jelas serta dilaksanakan secara menyeluruh bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

"Tanpa penjelasan yang tuntas, perbezaan dalam pertuduhan bagi kes-kes yang mempunyai ciri hampir sama akan terus menimbulkan persoalan.

"Terdapat beberapa kes kemalangan jalan raya yang mengorbankan nyawa, namun pertuduhan dikenakan dilihat tidak seragam walaupun keadaan kes hampir sama.

"Justeru perlu penjelasan yang jelas serta pelaksanaan undang-undang secara konsisten dan saksama," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Memetik kemalangan maut di Batu Gajah, Johor, Februari lalu, yang mengorbankan seorang kanak-kanak tiga tahun bersama ibu dan neneknya selepas kereta yang dinaiki mereka dilanggar pemandu yang disahkan positif dadah, Sivaraj berkata, kes berkenaan tidak diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Begitu juga dengan kes kemalangan maut melibatkan tiga individu termasuk suami isteri di Gemas Baharu, Segamat pada Khamis yang disebabkan pemandu di bawah pengaruh dadah.

"Berdasarkan laporan media, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

Menurutnya, semua kes terbabit mempunyai persamaan jelas iaitu kehilangan nyawa serta melibatkan elemen pemanduan berbahaya sama ada di bawah pengaruh dadah, alkohol atau kecuaian melampau.

Sivaraj memberitahu, jika satu kes dianggap mencukupi untuk didakwa di bawah Seksyen 302, maka kes lain dengan ciri sama juga wajar dinilai berdasarkan ukuran serupa.

"Jika tidak, ia akan mewujudkan persepsi bahawa undang-undang dilaksanakan secara tidak konsisten, sekali gus menjejaskan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan," ujarnya.

Pada Rabu, seorang pembantu makmal berusia 28 tahun, yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan khayal sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Klang didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh.

Topic Berkaitan
#pemandu mabuk
#seksyen 302 kanun keseksaaan
#kemalangan maut
#MIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan