awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa di Kundasang: Tiada kerosakan dilaporkan, keadaan terkawal - Bomba
Kerajaan perhebat kawalan bekalan, harga barangan depani krisis bekalan global
1,048 mangsa kebakaran Kampung Bahagia ditempatkan di enam PPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[KEMAS KINI] 1,000 rumah musnah dalam kebakaran di Sandakan

Bernama
Bernama
19/04/2026
06:36 MYT
[KEMAS KINI] 1,000 rumah musnah dalam kebakaran di Sandakan
Kebakaran melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar. - Gambar/ JBPM
Kebakaran di perkampungan atas air Kampung Bahagia di sini awal pagi tadi, memusnahkan 1,000 rumah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata kebakaran melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar dan keadaan laut surut menyukarkan usaha mendapatkan bekalan air terbuka bagi operasi pemadaman.
“Operasi menggunakan sumber air daripada pengangkut air, pili bertekanan milik Kilang IOI serta air laut. Pasukan bomba menggunakan empat aliran hos sepanjang 1,000 kaki serta 12 pancutan air bagi pemadaman api.
“Jentera Fire Rescue Tender (FRT) BBP Kinabatangan turut membantu operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran hos sepanjang 400 kaki dengan empat pancutan air,” katanya dalam kenyataan di sini.
Jimmy berkata operasi pemadaman kebakaran tamat pada 12 tengah hari tadi dengan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.32 pagi.
Sementara itu Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Walter Kenson berkata sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, iaitu di Sekolah Kebangsaan Gas pada 11 pagi, selepas PPS Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi pada 7 pagi tadi.
Walter berkata PPS dibuka setelah pemeriksaan kawasan dan rumah penduduk terjejas didapati tidak selamat untuk didiami, selain pihaknya telah mengeluarkan pengisytiharan bencana kebakaran di daerah itu susulan kejadian tersebut.
Maklumat tidak rasmi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menunjukkan setakat 10.30 pagi, PPS Dewan PPR Batu Sapi merekodkan pendaftaran 143 ketua isi rumah membabitkan 661 mangsa.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) masih menjalankan proses pendaftaran mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran besar
#Sandakan
#rumah atas air
#bomba
#kebakaran
#Kampung Bahagia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan