awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Penantian berakhir selepas 9 tahun, pingat emas kembali ke China
Seorang peminat bertindak menyaman Arsenal ekoran prestasi teruk
Guru dipercayai langgar pelajar Tingkatan Satu tiba di mahkamah untuk direman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja wartakan undang-undang baharu perangi penipuan dalam talian

Bernama
Bernama
06/04/2026
16:29 MYT
Kemboja wartakan undang-undang baharu perangi penipuan dalam talian
Kemboja mewartakan undang-undang baharu bagi memerangi penipuan dalam talian yang memperuntukkan hukuman sehingga 30 tahun penjara atau penjara seumur hidup terhadap dalang sindiket.
Kemboja mewartakan undang-undang baharu bagi memerangi penipuan dalam talian yang memperuntukkan hukuman sehingga 30 tahun penjara atau penjara seumur hidup terhadap dalang sindiket, lapor Xinhua.
Pewartaan itu dibuat menerusi dekri diraja yang ditandatangani Pemangku Ketua Negara, Hun Sen selepas Senat atau Dewan Tertinggi memberikan kelulusan akhir terhadap undang-undang berkenaan pada 3 April.
Menurut dekri itu, undang-undang itu berkuat kuasa serta-merta.
Di bawah undang-undang baharu itu, ketua sindiket penipuan dalam talian boleh dikenakan hukuman antara 15 hingga 30 tahun penjara atau penjara seumur hidup jika operasi mereka mengakibatkan satu atau lebih kematian.
Dalang pusat penipuan dalam talian pula berdepan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda sehingga satu bilion riel (sekitar AS$250,000) dan boleh dikenakan hukuman antara 10 hingga 20 tahun penjara serta denda sehingga dua bilion riel jika operasi mereka melibatkan keganasan, penyeksaan, penahanan haram, pemerdagangan manusia atau buruh paksa.
Individu yang terlibat dalam penipuan dalam talian pula boleh dipenjarakan antara dua hingga lima tahun serta denda sehingga 500 juta riel.
Negara Asia Tenggara itu melancarkan operasi besar-besaran di seluruh negara bagi membanteras rangkaian penipuan siber, dalam usaha mengekalkan keselamatan sosial, ketenteraman awam serta memulihkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Sar Sokha berkata pada Februari Kemboja mengusir lebih 30,000 warga asing yang disyaki terbabit dalam penipuan, manakala lebih 210,000 lagi meninggalkan negara itu secara sukarela selepas operasi membanteras penipuan dalam talian dipergiat sejak Jun tahun lepas.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Kemboja
#penipuan dalam talian
#undang-undang baharu
#pewartaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan