awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentadbiran Trump dijangka umum pakatan iring kapal di Selat Hormuz
Konflik Asia Barat: Tehran sedia hadapi perang berpanjangan, Israel luaskan serangan
Banjir buruk ragut 66 nyawa di Kenya, hujan lebat berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Ekonomi mahu adakan mesyuarat penyelarasan bersama Petronas, BNM, MoF

Bernama
Bernama
04/03/2026
14:22 MYT
Kementerian Ekonomi mahu adakan mesyuarat penyelarasan bersama Petronas, BNM, MoF
Akmal Nasrullah berkata RON95 masih kekal RM1.99 seliter. --fotoBERNAMA
Kementerian Ekonomi akan mengadakan satu mesyuarat penyelarasan bersama Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan bagi membincangkan kesan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran terhadap ekonomi Malaysia.
Menterinya Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan kerajaan bukan hanya mahu berbincang di peringkat awal, namun mahu melihat apa keputusan yang perlu diambil kerajaan sekiranya konflik itu berterusan.
“Insya-Allah, saya akan selalu mengemas kini apa pun perkembangan yang berlaku, kesannya itu kita cuba minimumkan kepada rakyat dan juga peniaga-peniaga kecil,” katanya dalam laman sesawang X semalam.
Selain itu, Akmal Nasrullah berkata RON95 masih kekal RM1.99 seliter.
Pada awal pagi 28 Feb, 2026, Israel dan AS melancarkan serangan udara terhadap sasaran mereka di Iran.
Tehran kemudian bertindak balas dengan menyasarkan pangkalan tentera dan kemudahan logistik AS di beberapa negara Arab, menyebabkan sekatan ruang udara meluas di seluruh rantau itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AS-Iran
#RON95
#Menteri Ekonomi
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan