awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Kerja Raya harap dapat peruntukan lebih tinggi pada Belanjawan 2024

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/09/2023
06:17 MYT
Kementerian Kerja Raya harap dapat peruntukan lebih tinggi pada Belanjawan 2024
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melancarkan pelaksanaan Sistem Pembayaran Tol Secara Terbuka (SPT) di Plaza Tol Loke Yew (arah timur) hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya berharap mendapat peruntukan lebih tinggi pada Belanjawan 2024 bagi memastikan usaha membaik pulih jalan Persekutuan, lebuh raya dan jambatan di seluruh negara berjalan dengan lancar.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu, kos penyelenggaraan sahaja mencecah tiga kali ganda berbanding peruntukan RM1.5 bilion yang diberikan kepada kementerian itu pada tahun ini, untuk tujuan berkenaan.
"Kita memerlukan lebih daripada peruntukan belanjawan tahun lalu. Tahun ini kita ada RM1.5 bilion, tapi keperluan jauh lebih dari itu, kira-kira tiga kali ganda bagi memastikan kualiti jalan di Malaysia mencapai piawaian antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan pelaksanaan Sistem Pembayaran Tol Secara Terbuka (SPT) di Plaza Tol Loke Yew (arah timur) hari ini.
Beliau sebelum itu memandu sendiri dan melalui lorong SPT disertai Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) KKR, Datuk Zahrul Hakim Abdullah.
Justeru Alexander berharap, kerajaan akan meluluskan permohonan kementeriannya itu.
"Selama ini, banyak kerja-kerja backlog yang tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan kewangan dan perkara ini sudah saya tegaskan kepada Kementerian Kewangan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#Belanjawan 2024
#Kementerian Kerja Raya
#Bajet 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan