awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Kesihatan ambil keterangan doktor gigi

Bernama
Bernama
09/06/2016
12:24 MYT
Kementerian Kesihatan ambil keterangan doktor gigi
Syed Alman dilaporkan tidak sedarkan diri ketika menjalani rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar sebelum meninggal dunia di PPUM.
Kementerian Kesihatan telahpun mengambil keterangan dua doktor gigi yang memberi rawatan kepada Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, yang meninggal dunia, susulan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar, Kuala Lumpur, 1 Jun lepas.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kementerian bersama polis akan menyiasat kematian menantu Timbalan Perdana Menteri itu.
Bagaimanapun, setakat ini, beliau tidak mendedahkan punca kematian itu.
"Kami siasat kes ini mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) Peraturan 2006," katanya kepada pemberita selepas melawat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang, di sini hari ini.
Syed Alman Zain, 44, suami anak sulung Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, 37, dilaporkan tidak sedarkan diri ketika menjalani rawatan di klinik pergigian itu dan dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#menantu Ahmad Zahid Hamidi
#menantu Zahid Hamidi
#Syed Alman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan