awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Kesihatan teliti naik taraf Pusat Latihan Klinikal Bukit Ilmu

Bernama
Bernama
22/03/2026
07:56 MYT
Kementerian Kesihatan teliti naik taraf Pusat Latihan Klinikal Bukit Ilmu
Dr Dzulkefly menyantuni petugas Pusat Latihan Integrasi Klinikal dan Trauma Life Support Malaysia (TLSM) Kebangsaan di Bukit Ilmu, Hospital Sungai Buloh. - Foto FB Dr Dzulkefly Ahmad
Kerajaan sedang meneliti cadangan pembaikan Pusat Latihan Integrasi Klinikal dan Trauma Life Support Malaysia (TLSM) Kebangsaan di Bukit Ilmu, Hospital Sungai Buloh, Selangor yang berusia lebih 100 tahun.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata cadangan pelaburan berjumlah RM485,000 itu merupakan pelaburan modal insan yang kritikal bagi memastikan petugas kesihatan terus kompeten dan mahir dalam menyelamatkan nyawa.
“Insya-Allah, kami akan usahakan,” katanya menerusi hantaran Facebook selepas menyantuni petugas hospital itu sempena Aidilfitri, hari ini.
Beliau berkata Hospital Sungai Buloh memikul tanggungjawab besar sebagai pusat rujukan nasional dan menjadi tunjang kepada koridor Selangor Utara termasuk kawasan Parlimen Kuala Selangor.
Sehubungan dengan itu, Dzulkefly berkata komitmen terhadap penambahbaikan infrastruktur akan terus diberi perhatian termasuk keperluan baik pulih segera di Unit ICU dan dewan bedah serta kebajikan petugas.
Sementara itu, Hospital Sungai Buloh menerusi hantaran Facebook sebelum ini memaklumkan pusat latihan tersebut nadi utama dalam usaha melahirkan profesional kesihatan berkemahiran tinggi dalam bidang kecemasan dan trauma.
Hantaran itu memaklumkan pusat berkenaan turut berfungsi sebagai pusat rujukan kebangsaan yang menyediakan latihan berterusan kepada doktor, jururawat dan paramedik dari seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dzulkefly Ahmad
#rujukan
#Infrastruktur
#TLSM
#Sungai Buloh
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan