awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Komunikasi teliti mekanisme terbaik caruman Perkeso untuk 'stringer'

Bernama
Bernama
04/04/2024
10:05 MYT
Kementerian Komunikasi teliti mekanisme terbaik caruman Perkeso untuk 'stringer'
Kementerian Komunikasi sedang meneliti mekanisme terbaik perlaksanaan caruman Perkeso untuk wartawan sambilan atau 'stringer'. -Gambar fail/Freeimages
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi sedang meneliti mekanisme terbaik perlaksanaan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk wartawan sambilan atau 'stringer', kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata bagi tujuan itu pihak kementerian akan terus mengadakan perbincangan tambahan dengan Perkeso bagi memastikan wartawan sambilan mahupun kontrak mencarum serta memperoleh manfaat daripada pertubuhan itu untuk menjamin keselamatan sosial pekerjaan mereka.
"Misalnya (hasil) perbincangan dengan Perkeso untuk Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) - Perkeso dan Finas akan tandatangani MoU (memorandum persefahaman) pada 23 April ini untuk aspek keselamatan sosial dimasukan dalam standard kontrak petugas pengambaran.
"Tugas pengamal media ini mencabar, memang terdapat keperluan terutama stringer untuk mencarum dengan Perkeso...saya akan susuli dengan sedikit perbincangan tambahan untuk mendapatkan mekanisme (pencaruman) yang terbaik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi dan menyerahkan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada beberapa bekas petugas media di Ampang, Selangor, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.
Bernama selaku agensi pelaksana Tabung Kasih@HAWANA, bersama Fahmi menziarahi serta menghulurkan bantuan kepada bekas penerbit rancangan RTM Jalil Mat Dom,62, dan bekas juruhebah Suara Malaysia Mohamed Ariff Esa, 76, di kediaman mereka sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#perkeso
#wartawan sambilan atau stringer
#wartawan berstatus kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan