awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Pendidikan serah kepada polis ambil tindakan pelajar terlibat kongsi gelap

Bernama
Bernama
21/04/2017
07:46 MYT
Kementerian Pendidikan serah kepada polis ambil tindakan pelajar terlibat kongsi gelap
KHALID:"Kalau pelajar itu telah terbukti melakukan kesalahan jenayah, polis tangkap sajalah ambil tindakan sebab mereka ini tidak mahu sekolah lagi." - Gambar fail
Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi, mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa, jika terdapat pelajar sekolah yang ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan jenayah termasuk gangsterism.
Menteri berkenaan menegaskan pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menangkap pelajar berkenaan atau mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang ke atas mereka.
"Kalau pelajar itu telah terbukti melakukan kesalahan jenayah, polis tangkap sajalah ambil tindakan sebab mereka ini tidak mahu sekolah lagi.
"Kita (kementerian) tidak mahu berunding lagi (dengan polis atau ibu bapa) kalau pelajar berkenaan telah disahkan oleh polis ada elemen jenayah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kecemerlangan Pendidikan 2.0 Parlimen Kualq Kangsar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan 18 orang termasuk 13 pelajar kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap Geng 24 di sekitar Klang, awal hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tangkapan itu dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFFOC).
Khalid menerusi catatan di laman Twitternya juga memberi amaran bahawa ramai lagi akan ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti Geng 24.
Mahdzir dalam pada itu meminta ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak-anak mereka bagi mengelak terjebak dengan kegiatan jenayah dan tidak menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab itu kepada pihak sekolah.
Ditanya mengenai penglibatan pelajar sekolah dalam kegiatan jenayah termasuk kongsi gelap, Mahdzir berkata ia boleh dilihat menerusi enrolmen kehadiran pelajar di sekolah.
"Unsur ini (penglibatan dalam jenayah) boleh dilihat bermula dengan tidak hadir ke sekolah. Ada sekolah di bandar dan luar bandar yang enrolmen jatuh sehingga 85 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#Klang
#Kuala Kangsar
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan