awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKB jalin kerjasama strategik penerbitan digital bersama syarikat India, Thailand
MCMC buka 36 kertas siasatan penyebaran berita palsu krisis tenaga global di media sosial
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Perpaduan pandang serius insiden rasisme di Dewan Rakyat

Faida Rahim
Faida Rahim
30/03/2026
03:28 MYT
Kementerian Perpaduan pandang serius insiden rasisme di Dewan Rakyat
Yuneswaran berkata, akan membawa isu ini ke perhatian Menteri Perpaduan untuk perbincangan lanjut bagi memastikan keharmonian negara terus terpelihara bermula dari dalam dewan Parlimen. - Gambar/ Astro AWANI
Kementerian Perpaduan Negara menyatakan kebimbangan serius terhadap dapatan Laporan Rasisme Malaysia oleh Pusat KOMAS yang mendedahkan penglibatan Ahli Parlimen dalam mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman di Dewan Rakyat.
Timbalan Menterinya, R. Yuneswaran berkata, tindakan segelintir wakil rakyat itu amat membimbangkan memandangkan Parlimen merupakan institusi yang dihormati serta menjadi tumpuan dan perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Beliau memaklumkan bahawa berdasarkan laporan tersebut, hampir 80 peratus daripada insiden rasisme yang direkodkan berpunca daripada pihak pembangkang, namun perkara itu secara tidak langsung memberi gambaran negatif kepada imej Ahli Parlimen secara keseluruhannya.
"Saya rasa ini perkara yang amat membimbangkan kerana Parlimen adalah tempat yang sangat dihormati dan tempat yang rakyat sedang memerhati.
“Kalau kita melihat laporan itu, hampir 80 peratus datang daripada pihak pembangkang, walaupun pembangkang namun ia tetap mencerminkan (reflect) kepada Ahli Parlimen secara keseluruhannya," katanya.
Belia berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Laporan Rasisme Malaysia 2025, edisi ke-11 penerbitan tahunan pertubuhan hak asasi manusia bukan kerajaan Pusat KOMAS di sini, pada Isnin.
Menyedari impak jangka panjang terhadap dokumen rasmi negara, Yuneswaran memaklumkan bahawa kementerian akan mengambil langkah proaktif untuk berbincang dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi mewujudkan kawalan yang lebih ketat.
"Perkara ini perlu dibincang dengan pihak Speaker supaya kita boleh ada garis panduan tertentu bagi mengelakkan isu-isu ini.
“Setiap kenyataan ini akan dimasukkan ke dalam Hansard sebagai dokumen rasmi dan disimpan bertahun-tahun sebagai rujukan masa hadapan. Kita tidak mahu ia menjadi panduan yang salah kepada generasi akan datang,” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa kementerian akan menyediakan laporan khas untuk mengadakan sesi libat urus bersama Speaker dalam masa terdekat bagi membincangkan cara mengelakkan komen berkenaan rasisme atau isu 3R (Agama, Raja, Kaum).
Dalam masa sama, beliau menegaskan, walaupun Ahli Parlimen mempunyai imuniti di dalam dewan, ia tidak seharusnya disalahgunakan untuk mencetuskan provokasi atau kemarahan kaum.
"Saya sebagai Ahli Parlimen (Segamat) juga sentiasa mengelakkan penggunaan kata-kata yang boleh mencetuskan kemarahan.
"Walaupun tindakan (undang-undang) mungkin tidak boleh diambil kerana imuniti, itu tidak bermaksud kita boleh sewenang-wenang kata apa yang kita mahu. Kita perlu lebih bertanggungjawab kerana setiap kenyataan ada kesannya,"
Yuneswaran berkata, akan membawa isu ini ke perhatian Menteri Perpaduan untuk perbincangan lanjut bagi memastikan keharmonian negara terus terpelihara bermula dari dalam dewan Parlimen.
Topic Berkaitan
#rasisme
#Dewan Rakyat
#R. Yuneswaran
#isu perkauman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan