awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian wanita peruntuk RM9.5 juta hadapi banjir tahun ini

Bernama
Bernama
26/08/2022
07:57 MYT
Kementerian wanita peruntuk RM9.5 juta hadapi banjir tahun ini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperuntukkan RM9.5 juta sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh di seluruh negara tahun ini, kata Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff. - Gambar fail
PASIR MAS: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntukkan RM9.5 juta sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh di seluruh negara tahun ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, peruntukan tersebut disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan pengurusan banjir.
"Ia melibatkan penyediaan makanan, selimut dan keperluan lain kepada mangsa yang terjejas dengan bencana alam ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kerjaya dan Keusahawan Wanita Sempena Festival Pasir Mas 'Jjupo Mato' Keluarga Malaysia di Dataran Bandar Baru Pasir Mas, hari ini.
Mengulas lanjut, Siti Zailah berkata, seramai 7,000 pegawai JKM seluruh negara juga telah bersiap sedia untuk menjalankan tugas pengurusan bencana di negeri-negeri terlibat.
"KPWKM juga sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain bagi menghadapi banjir di negeri-negeri yang berisiko.
"Kami juga mendapat kerjasama sukarelawan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat yang juga sedia membantu dari pelbagai aspek sekiranya berlaku bencana banjir," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#peruntukan
#Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan