awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isyarat awal “Super El Nino” timbul risiko cuaca melampau global
Harga MSM dijangka terus meningkat susulan mandat biodiesel, harga minyak tinggi - CIMB Securities
3 rakyat Malaysia ditahan, 97kg syabu dirampas dalam tren Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemudahan Internet dan fasiliti NADI boleh digunakan untuk BDR - Fahmi

Bernama
Bernama
05/04/2026
09:39 MYT
Kemudahan Internet dan fasiliti NADI boleh digunakan untuk BDR - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil pada sidang media selepas majlis penyampaian Watikah Pelantikan kepada Pengerusi Panel Penasihat NADI bagi Negeri Johor di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama
Kemudahan Internet dan fasiliti di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) boleh dimanfaatkan untuk mereka yang terlibat dengan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata pihaknya akan menyelaraskan agar kesemua NADI di bandar-bandar utama yang terlibat dengan pelaksanaan dasar berkenaan agar boleh digunakan oleh komuniti setempat dan penjawat awam yang terlibat dengan dasar itu.
“Memang pada waktu ini banyak NADI dimanfaatkan untuk tujuan mesyuarat dalam talian bagi badan dan agensi seperti Amanah Ikhtiar dan lain-lain, jadi saya tidak lihat ada apa-apa halangan untuk kita peluaskan penggunaan NADI bagi tujuan BDR,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat NADI negeri Johor, di sini hari ini.
Kerajaan mengumumkan pelaksanaan dasar BDR mulai 15 April ini khusus untuk penjawat awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selama tiga hari seminggu, antara lain bagi mengurangkan penggunaan tenaga susulan krisis tenaga global akibat konflik Asia Barat.
Bagaimanapun, Fahmi berkata pusat berkenaan akan beroperasi seperti biasa mengikut waktu pejabat.
Terdahulu Fahmi dalam ucapannya berkata NADI berupaya menjadi penguat dalam membantu mereka yang terlibat BDR melaksanakan pekerjaan dengan lancar.
Beliau berkata kerajaan menerusi MCMC membelanjakan lebih RM350 juta setahun bagi menggerakkan 1,098 NADI di seluruh negara.
Fahmi berkata Sarawak mencatatkan 156 NADI iaitu tertinggi, diikuti 132 di Sabah dan 101 di Johor.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak terutama pengurus, penolong pengurus serta Pengerusi Panel Penasihat NADI supaya terus bekerjasama merancakkan pelbagai program bermanfaat untuk komuniti setempat.

-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nadi
#BDR
#Fahmi Fadzil
#krisis tenaga global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan