awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan harga barang jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2021
23:25 MYT
Kenaikan harga barang jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Isu kenaikan harga barangan dan keperluan asas menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Isu kenaikan harga barangan dan keperluan asas menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut aturan urusan mesyuarat, pertanyaan itu diajukan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri.
Beliau turut meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan segera dan langkah-langkah efektif jangka pendek, sederhana dan panjang yang akan diambil Majlis Tindakan Kos Sara Hidup untuk menangani isu tersebut.
Seterusnya, Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman meminta Perdana Menteri sama ada Gagasan Keluarga Malaysia yang dilancarkan dirasai amat dekat dengan rakyat keseluruhan.
Ahli Parlimen Batu Gajah, Sivakumar Varatharaju Naidu pula meminta Menteri Perpaduan Negara menyatakan prosedur operasi standard (SOP) yang telah dirangka untuk sambutan Hari Thaipusam pada 18 Januari 2022.
Turut jadi tumpuan adalah pertanyaan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kepada Perdana Menteri berkaitan sama ada kerajaan berhasrat beri kuasa pendakwaan kepada pengkuatkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tangani isu pencemaran sungai dan udara.
Seterusnya, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah bertanyakan Perdana Menteri mengenai langkah meningkatkan pendapatan isi rumah khususnya golongan B40 untuk mengurangkan kebergantungan dengan bantuan tunai.
Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan sambungan sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) di peringkat jawatankuasa bagi beberapa kementerian.
Dewan Rakyat akan bersidang hingga 16 Disember ini.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#harga barangan naik
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan