awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
Artemis II pecah rekod Apollo 13 sebagai misi manusia paling jauh dari Bumi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan Muhyiddin dilihat keluar dari kediaman

Sinar Harian
Sinar Harian
16/08/2021
00:01 MYT
Kenderaan Muhyiddin dilihat keluar dari kediaman
Muhyiddin sempat memberikan lambaian kepada sekumpulan pengamal media yang berkampung di luar kediamannya di Bukit Damansara, sejak awal pagi hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kenderaan milik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar daripada kediamannya pada jam 7.45 pagi hari ini.
Muhyiddin sempat melambai tangan kepada petugas-petugas media yang berkampung di sini sejak jam 6.30 pagi.
Difahamkan kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pagoh itu dijangka akan bergerak ke Pejabat Perdana Menteri sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Pada Ahad, Muhyiddin dijangka meletakkan jawatan pada Isnin selepas mempengerusikan satu mesyuarat khas Kabinet lebih kurang jam 9 pagi.
Perkara itu didedahkan oleh seorang menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) setelah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sudah menyatakan hasrat berkenaan dalam satu pertemuan bersama pucuk kepimpinan tertinggi parti itu di kediamannya di Bukit Damansara pada petang Sabtu.
Media & kenderaan pengiring polis mula kelihatan di perkarangan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini, susulan laporan beliau akan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong hari ini berhubung kedudukannya selaku Perdana Menteri. Lucia pic.twitter.com/hybuomcXCJ
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 15, 2021
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Yang di-Pertuan Agong
#Parlimen
#Perdana Menteri
#kabinet
#Bukit Damansara
#Mesyuarat khas Kabinet
#letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan