awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan rosak dibaling batu dari jambatan, polis giat kesan pelaku

Sinar Harian
Sinar Harian
03/01/2026
03:15 MYT
Kenderaan rosak dibaling batu dari jambatan, polis giat kesan pelaku
Kenderaan yang mengalami kerosakan pada cermin selepas terkena batu dicampakkan dari atas jambatan semasa melalui Lebuhraya WCE baru-baru ini. Gambar kecil: Mohd Akmalrizal
KUALA LANGAT: Polis giat mengesan pelaku yang membaling batu dari atas jambatan Seri Cheeding di Kilometer 8.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Polis giat mengesan pelaku yang membaling batu dari atas jambatan Seri Cheeding di Lebuhraya WCE.
  • Laporan diterima pada jam 3.22 petang, 1 Januari dari petugas yang membuat rondaan rutin.
  • Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, laporan diterima pihaknya pada jam 3.22 petang, 1 Januari lalu daripada petugas yang sedang membuat rondaan rutin di Lebuhraya WCE.
Menurutnya, pengadu memaklumkan menerima maklumat daripada Group Kerja Selangor WCE Patrol mengenai sebuah kenderaan pengguna lebuh raya dibaling batu dari atas jambatan hingga menyebabkan kerosakan pada kenderaan terbabit.
"Dalam kejadian ini, tiada kecederaan yang dilaporkan terhadap pengguna jalan raya.
"Tujuan pengadu buat laporan adalah untuk memohon agar pihak polis membuat kekerapan rondaan di kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Tambah beliau, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Tegasnya, polis sedang giat menjalankan usaha untuk mengesan suspek yang terlibat.
"Polis menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222," katanya. - Sinar Harian

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak polis berkenaan insiden pembalingan batu dari jambatan Seri Cheeding? A: Pihak polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
  • Q: Apakah kerosakan yang dialami oleh kenderaan yang terlibat dalam kejadian tersebut? A: Kenderaan pengguna lebuh raya mengalami kerosakan akibat dibaling batu dari atas jambatan, namun tiada kecederaan dilaporkan terhadap pengguna jalan raya.
  • Q: Bagaimanakah orang awam boleh membantu dalam siasatan ini? A: Orang awam diminta untuk tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. Mereka yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222.

Topic Berkaitan
#kes baling batu
#WCE
#Kuala Langat
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan