awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir Sipitang: 195 penduduk berlindung di dua PPS pagi ini
Cadangan Super Apps, pencapaian program Rakan Muda antara tumpuan Dewan Rakyat
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kepala' lori berasap, lebuh raya PLUS sesak lebih lapan kilometer

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/01/2020
08:30 MYT
'Kepala' lori berasap, lebuh raya PLUS sesak lebih lapan kilometer
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, setibanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, didapati 90 peratus kepala lori musnah terbakar. - Foto JBPM
Sebuah lori kontena yang membawa sisa plastik terbakar di Kilometer 249.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara hari ini, menyebabkan kesesakan lebih lapan kilometer.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ismail berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 12.48 tengah hari.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kebakaran berlaku semasa kontena berkenaan dipandu dari arah selatan menghala ke utara.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba pemandu menyedari bahagian 'kepala' lori mengeluarkan asap dan terus berhenti di lorong kiri untuk menyelamatkan diri,” katanya di sini.
Siasatan awal mendapati kebakaran berlaku semasa kontena berkenaan dipandu dari arah selatan menghala ke utara. - Foto JBPM
Siasatan awal mendapati kebakaran berlaku semasa kontena berkenaan dipandu dari arah selatan menghala ke utara. - Foto JBPM
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, setibanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, didapati 90 peratus kepala lori musnah terbakar. 
 “Anggota bertindak menggunakan satu aliran salur bantu mula sebagai medium pemadaman dan dibantu jentera dari BBP Meru,” ujarnya.
Operasi tamat jam 2.09 petang.
Topic Berkaitan
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#kebakaran
#kemalangan
#Kuala Kangsar
#Malaysia
#operasi
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan