awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepimpinan berperanan penting wujudkan budaya inovasi - TPM

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
20/08/2016
15:28 MYT
Kepimpinan berperanan penting wujudkan budaya inovasi - TPM
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid percaya CAPAM boleh memainkan peranan yang berkesan dalam menyemai budaya inovasi dalam sektor awam. - Gambar fail
Kepimpinan memainkan peranan penting bagi mewujudkan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam, ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Jelasnya, budaya inovasi berkenaan melibatkan perubahan pemikiran lama mungkin mengambil masa yang panjang.
"Perkhidmatan awam berprestasi tinggi adalah perkhidmatan dengan kejelasan strategik, pelaksanaan teguh, pengurusan sumber strategik dan prestasi berorientasikan budaya organisasi.
"Perkhidmatan awam mesti berupaya untuk melihat ke depan, meramal, merisik dan menggunakan teknologi baharu untuk membuat pembaharuan ke atas sistem penyampaian perkhidmatan," katanya semasa berucap menutup Persidangan Dwitahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Pemimpin dalam organisasi sektor awam perlu menguasai amalan terbaik daripada organisasi lain di kedua-dua sektor awam dan swasta, bagi memacu inovasi.
Mengulas persidangan dwitahunan CAPAM, ujarnya, ia menjadi pendekatan berkesan dalam mempromosikan pertukaran idea dan inovasi antara kakitangan awam negara-negara Komanwel.
"Saya percaya CAPAM boleh memainkan peranan yang berkesan dalam menyemai budaya inovasi dalam sektor awam dengan menganjurkan lebih banyak forum untuk berkongsi amalan terbaik terutamanya dalam kalangan negara Komanwel," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#CAPAM
#inovasi
#perkhidmatan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan