awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepimpinan tertinggi Pejuang perlu Ba'iah setia - Mukhriz

Bernama
Bernama
15/02/2021
13:19 MYT
Kepimpinan tertinggi Pejuang perlu Ba'iah setia - Mukhriz
Walaupun langkah itu mungkin bukan jaminan bagi mereka yang terlibat untuk tidak berpaling tadah, namun Datuk Seri Mukhriz berharap ahli Pejuang akan berpegang teguh pada Bai'ah mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Setiap ahli kepimpinan tertinggi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) perlu melakukan Bai'ah (angkat sumpah dengan Al-Quran) bagi menzahirkan kesetiaan mereka terhadap parti, kata Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mukhriz berkata, walaupun langkah itu mungkin bukan jaminan bagi mereka yang terlibat untuk tidak berpaling tadah, namun Mukhriz berharap ahli Pejuang akan berpegang teguh pada Bai'ah mereka.
"Lantikan tertinggi kepimpinan negeri juga perlu melakukan Bai'ah, namun ahli peringkat biasa akan dikecualikan," katanya pada sidang media secara dalam talian di sini hari ini, yang menyaksikan beliau turut memperkenalkan beberapa lantikan baharu ahli majlis eksekutif pusat parti itu.
Bekas Ketua Penerangan Armada (Bersatu), Ulya Uqamah Husamudin dilantik sebagai Ketua Penerangan, bekas Naib Presiden IKRAM Datin Paduka Asmah Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pejuanita, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin dilantik sebagai Ketua Pejuang Muda, manakala bekas Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian, Nurul Ashikin Nabahwi dilantik sebagai Ketua Pejuanita Muda.
Turut diumum pelantikan ketua jawatankuasa-jawatankuasa lain termasuk Biro Kebajikan, Biro Guaman, Biro Ekonomi dan Biro Perpaduan.
Mengulas mengenai status pendaftaran Pejuang, Mukhriz berkata, setakat ini proses itu di bawah penelitian Bahagian Dasar Kementerian Dalam Negeri untuk dipertimbangkan. - BERNAMA
Tak jamin ahli Parlimen Pejuang lompat parti - Mukhriz
Topic Berkaitan
#Pejuang
#Parti Pejuang Tanah Air
#bai'ah
#angkat sumpah dengan Al-Quran
#ahli kepimpinan tertinggi
#Presiden Pejuang
#Mukhriz Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan