awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan Papagomo bela diri atau dibebaskan diketahui hari ini

Sinar Harian
Sinar Harian
20/02/2023
23:15 MYT
Keputusan Papagomo bela diri atau dibebaskan diketahui hari ini
Keputusan sama ada Wan Muhammad Azri (kiri) perlu membela diri atau dibebaskan atas dua pertuduhan mengaibkan dan mendatangkan kecederaan kepada Syed Saddiq akan diketahui pagi ini. -Foto Sinar Harian
KEPUTUSAN sama ada Exco Pemuda UMNO yang digantung keahlian, Wan Muhammad Azri Wan Deris perlu membela diri atau dibebaskan atas dua pertuduhan mengaibkan dan mendatangkan kecederaan kepada bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan diketahui pada Selasa di Mahkamah Majistret Kajang.
Dalam satu ciapan, Wan Muhammad Azri atau dikenali sebagai Papagomo berkata, kes tersebut sampai kepada peringkat keputusan selepas empat tahun dibicarakan.
“Akhirnya sampai pada peringkat keputusan sama ada dibebaskan atau perlu bela diri.
“Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah lah sebaik-baik pelindung. Yang Hak Pasti Berdiri, Yang Bathil Pasti Jatuh,” katanya pada Isnin.
Pada 15 Februari 2019, Syed Saddiq mendakwa diserang sekumpulan penyokong pembangkang selepas tamat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
Serangan provokasi itu didakwa berlaku sebaik beliau keluar dari pusat penamaan calon PRK DUN Semenyih yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kajang.
Satu laporan polis berkaitan serangan itu dibuat Syed Saddiq di Balai Polis Sungai Way, Petaling Jaya, pada hari kejadian. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Papagomo
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Wan Muhammad Azri Wan Deris
#Mahkamah Majistret
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan