awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan tunda UPSR bergantung kepada bacaan IPU - Mahdzir

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
08/09/2015
02:17 MYT
Keputusan tunda UPSR bergantung kepada bacaan IPU - Mahdzir
MAHDZIR: Kementerian Pendidikan akan memantau perkembangan IPU sebelum membuat keputusan sama ada UPSR perlu ditunda atau tidak. -Gambar fail
Kementerian Pendidikan akan memantau perkembangan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebelum membuat keputusan sama ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu ditunda atau tidak.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata buat masa ini, laporan yang diterima dari Jabatan Kaji Cuaca menunjukkan keadaan mengizinkan untuk peperiksaan itu dijalankan.
"Kita berharap situasi akan bertambah baik dalam masa satu dua hari ini," kata Mahdzir.
Tambah beliau, pihak sekolah digalakkan untuk menyediakan topeng muka untuk pelajar.
Beliau ditemui media ketika melawat pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR di SK Presint 8 (1) di Putrajaya pagi tadi.
Sebanyak 455,929 pelajar menduduki peperiksaan UPSR yang bermula hari ini sehingga Khamis.
Topic Berkaitan
#jerebu
#kaji cuaca
#Mahdzir
#peperiksaan
#tunda
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan