awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keracunan makanan: Tindakan tegas kepada pembekal makanan jika cuai - MARA

Bernama
Bernama
20/10/2020
15:36 MYT
Keracunan makanan: Tindakan tegas kepada pembekal makanan jika cuai - MARA
MARA memaklumkan tindakan itu akan diambil sekiranya terbukti wujud kecuaian mereka dalam menyediakan makanan bermasak. -Gambar/ Bernama
SEREMBAN:Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengambil tindakan tegas kepada pembekal makanan jika wujud unsur kecuaian sehingga menyebabkan 207 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang, Jelebu mengalami keracunan makanan awal pagi tadi.
Mara dalam kenyataan di sini malam ini memaklumkan tindakan itu akan diambil sekiranya terbukti wujud kecuaian mereka dalam menyediakan makanan bermasak selain kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam penyediaannya.
Katanya, Mara memandang serius perkara itu dan sedang menyiasat secara rapi bagi mengenal pasti dengan tepat punca berlakunya kejadian itu.
"Mara juga mengikuti arahan Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu untuk menutup Dewan Selera MRSM Kuala Klawang itu selama dua minggu bagi proses pembersihan dan siasatan selanjutnya.
"Bagi memastikan kebajikan dan keperluan pelajar dapat dipenuhi sepanjang tempoh penggantungan ini, perkhidmatan penyediaan makanan sementara akan dilaksana oleh pembekal perkhidmatan makanan bermasak yang lain," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Mara dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu akan terus memantau situasi itu secara berterusan bagi memastikan keadaan kesihatan dan kebajikan para pelajar diberi perhatian dan dalam keadaan terkawal.
Justeru, Mara meminta supaya ibu bapa tidak bimbang dan sentiasa berhubung dengan pengurusan MRSM untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Bernama hari ini melaporkan seramai 207 pelajar MRSM Kuala Klawang di sini mengalami keracunan makanan sejak awal pagi tadi selepas menikmati makanan di dewan makan maktab itu semalam dengan empat daripadanya dimasukkan ke Hospital Jelebu selepas mengalami dehidrasi dan cirit-birit.
Bagaimanapun, keadaan pelajar terlibat adalah stabil dan dalam pemerhatian pihak hospital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MRSM
#Kuala Klawang
#keracunan makanan
#MARA
#pembekal makanan
#tindakan tegas
#Hospital
#klinik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan