awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan rangka pelan pampasan kepada PLUS

Bernama
Bernama
30/10/2017
13:57 MYT
Kerajaan akan rangka pelan pampasan kepada PLUS
Apabila Perdana Menteri mengumumkan tol dimansuhkan, ia bermakna kerajaan perlu membayar pampasan kepada PLUS Malaysia Bhd kerana pampasan itu tertakluk kepada perjanjian sedia ada antara kerajaan dan PLUS. - Gambar fail
Kerajaan akan merangka pelan untuk membayar pampasan kepada PLUS Malaysia Bhd (PLUS) susulan pemansuhan bayaran tol di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, seperti diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa pembentangan Bajet 2018 Jumaat lepas.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) akan merangka pelan dan mengkaji segala pertimbangan, sebelum kerajaan bersetuju membayar pampasan.
"Pampasan itu masih tertakluk kepada perjanjian sedia ada antara kedua-dua pihak (kerajaan dan PLUS).
"Oleh itu, apabila Perdana Menteri mengumumkan tol dimansuhkan, ia bermakna kami perlu membayar pampasan," katanya kepada Bernama selepas program The Nation yang disiarkan oleh Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama di sini hari ini.
Othman berkata kedua-dua agensi itu akan bekerjasama menyelesaikan perkara itu.
"Kaedah pembayaran akan diputuskan menerusi rundingan. Namun, ia mestilah dalam situasi sama-sama menang (kerajaan dan PLUS)," katanya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata pampasan akan dibayar ke atas baki 20 tahun kontrak, yang sepatutnya berakhir pada 2038.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Bajet 2018
#bayaran tol
#Kementerian Kerja Raya
#Lembaga Lebuh Raya Malaysia
#Najib Razak
#Othman Aziz
#pampasan
#pemansuhan
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan