awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye tahan 162 individu berkait catatan dalam talian mengenai tembakan di sekolah
Bekas penjaga gol Arsenal dan Liverpool, Alex Manninger, maut dalam nahas
Pengeluaran dron Iran meningkat 10 kali ganda sejak perang - Pegawai Tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan belanja RM4.9 bilion setahun tangani diabetes - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
08/07/2023
09:28 MYT
Kerajaan belanja RM4.9 bilion setahun tangani diabetes - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata, usaha berterusan melibatkan semua pihak berkaitan penting dalam menangani penyakit berkenaan. - Bernama
SEREMBAN: Kerajaan terpaksa membelanjakan RM4.9 bilion setahun bagi melaksanakan usaha menangani penyakit diebetes dalam negara, yang dillihat begitu membimbangkan, dan dianggarkan ketika ini 3.9 juta rakyat dewasa menghidap penyakit berkenaan.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 juga mendapati prevalens diabetes dalam kalangan dewasa berumur 18 tahun ke atas menunjukkan peningkatan iaitu daripada 11.2 peratus pada 2011, dan 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada 2019.
Justeru, beliau berkata usaha berterusan melibatkan semua pihak berkaitan penting dalam menangani penyakit ini termasuk menerusi penganjuran Kohort SeDia iaitu pengumpulan data jangka panjang untuk memahami interaksi kompleks antara gaya hidup, persekitaran, genetik dan pembangunan sosio-ekonomi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program 'Kohort Diabetes Seremban' (SeDia) dengan kerjasama KKM dan Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) yang merupakan kajian kohort berskala besar pertama menumpukan kepada pesakit diabetes, di sini hari ini.
Beliau berkata ia sekali gus akan mampu mengurangkan kebergantungan kepada import ubat-ubatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#diabetes
#kencing manis
#Zaliha Mustafa
#kesihatan
#rawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan