awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025

Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali

Bernama
Bernama
17/10/2024
15:58 MYT
Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali
Deepavali yang juga dikenali sebagai festival cahaya disambut pada 31 Okt ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Naib Presiden MIC Datuk T. Murugiah mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 1 Nov ini sebagai cuti umum tambahan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati tempoh sambutan Deepavali yang lebih panjang.
Beliau berkata cuti tambahan itu bukan sahaja bermanfaat kepada komuniti India dan memberikan kemudahan kepada mereka yang meraikannya tetapi juga memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk turut serta dan menghormati kepelbagaian budaya di negara ini.
"Deepavali merupakan perayaan yang penting bagi komuniti Hindu di Malaysia dan ia masa untuk keluarga, renungan diri serta perpaduan masyarakat.
"Dengan mengisytiharkan cuti tambahan pada 1 Nov, kerajaan akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia berkumpul dan meraikannya bersama dalam suasana aman serta harmoni," katanya dalam kenyataan.
Deepavali yang juga dikenali sebagai festival cahaya disambut pada 31 Okt ini.
Murugiah turut merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Persekutuanmempertimbangkan permintaan berkenaan demi kepentingan perpaduan nasional dan penghargaanterhadap kepelbagaian budaya negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Deepavali
#rakyat Malaysia
#MIC
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.