awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
Majlis Keselamatan PBB gagal terima pakai draf resolusi mengenai Selat Hormuz
Margin Gamuda dikhuatiri tertekan berikutan peningkatan kos bahan mentah - CGSI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan fokus tangani isu miskin tegar - Mustapa

Bernama
Bernama
09/10/2021
12:27 MYT
Kerajaan fokus tangani isu miskin tegar - Mustapa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan) ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Libat Urus Pasca Rancangan Malaysia ke-12 Bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim hari ini. - BERNAMA
KOTA BHARU: Kerajaan akan memberi keutamaan serta penekanan bagi menangani isu miskin tegar di negara ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang telah diluluskan di Dewan Rakyat, pada Khamis lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan pusat akan mengatur strategi baharu untuk menghapuskan isu berkenaan memandangkan mungkin berlaku peningkatan dalam peratusan kadar miskin tegar susulan pandemik COVID-19.
"Dulu (2019) kadar miskin tegar adalah 0.4 peratus dan pada tahun berikutnya ia naik pada 0.8 peratus selepas COVID-19... perkara ini perlu diberi fokus yang lebih. Caranya kerajaan pusat perlu ada pegawai khusus dan di peringkat daerah juga untuk menangani isu kemiskinan.
Penting sekali adalah mengadakan pelbagai program atau projek ekonomi yang lebih berkesan yang boleh membantu meningkatkan taraf hidup rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri Kelantan berhubung RMK-12 di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata sebanyak 46.8 peratus daripada RM39 bilion peruntukan bagi pembangunan asas dibelanjakan membabitkan seluruh negara, setakat 3 Okt lepas.
Menurutnya, jumlah peratusan yang dibelanjakan itu mengalami kelewatan daripada perancangan asal disebabkan pelbagai masalah seperti isu pemilikan tanah, kontrak dan sebagainya, selain pandemik COVID-19.
Beliau berkata justeru, kerajaan pusat serta negeri akan memantau rapi setiap projek pembangunan asas bagi memastikan perkara sedemikian tidak berulang pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RMK-12
#Mustapa Mohamed
#miskin tegar
#COVID-19
#Rancangan Malaysia Ke-12
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan