awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan GRS perlu bertimbang rasa, ini bulan puasa - Shafie Apdal

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2021
07:13 MYT
Kerajaan GRS perlu bertimbang rasa, ini bulan puasa - Shafie Apdal
Tegas Shafie demonstrasi aman di Kampung Muhibbah Raya Sabtu lalu adalah isyarat jelas kemarahan dan kekecewaan rakyat Sabah terhadap kerajaan.- Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan Gerakan Rakyat Sabah (GRS) didesak untuk tidak melengah-lengahkan bantuan makanan kepada penduduk di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di negeri itu.
Gesaan dibuat Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal yang kecewa dengan apa yang menimpa penduduk di Kampung Muhibbah Raya, Tawau yang didakwa tidak menerima bantuan makanan.
"Kerajaan GRS asyik mengumumkan bakul makanan sedang disediakan dan berjuta ringgit diperuntukkan bagi tujuan itu.
“Bagaimanapun di lapangan, orang ramai mengadu mereka tidak nampak sebutir beras pun," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sabah turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa melanjutkan tempoh operasi premis menjual makanan dan perkhidmatan bawa pulang, namun pada masa sama tidak membenarkan penduduk di Kawasan PKPD untuk mendapatkannya.
Kata Shafie tindakan berkenaan bagai membiarkan mereka kebuluran.
“Kita tidak mampu menghalang pelaksanaan PKPD, namum penduduk yang terjejas perlu mendapatkan makanan.
“Kerajaan negeri perlu menunjukkan belas kasihan. Ini bulan puasa,” tegasnya.
Tambahnya lagi demonstrasi aman di Kampung Muhibbah Raya Sabtu lalu adalah isyarat jelas kemarahan dan kekecewaan rakyat Sabah terhadap kerajaan.
Topic Berkaitan
#Shafie Apdal
#PKPD
#Tawau
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan