awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kaji perluas kategori barangan basah dalam bantuan SARA

Bernama
Bernama
05/03/2026
14:31 MYT
Kerajaan kaji perluas kategori barangan basah dalam bantuan SARA
MoF berkata kerajaan akan terus meneliti dan mengkaji perluasan SARA kepada pelajar IPT daripada golongan asnaf, B40 dan M40 dengan mengadakan sesi libat urus bersama KPT terlebih dahulu. - Foto fail/BERNAMA
Kerajaan masih menjalankan kajian lanjut sebelum memperluaskan kategori barangan basah dalam Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kata Kementerian Kewangan (MoF).
Kementerian itu berkata kajian lanjut itu perlu bagi memastikan aspek kualiti dan keselamatan makanan, selain memberi jaminan kepada pengguna sebelum sebarang keputusan muktamad diambil.
“Kerajaan terbuka kepada cadangan dan input berterusan dalam menambah baik program SARA sedia ada.
“Bermula 9 Februari 2026, kerajaan telah meluaskan kategori barangan SARA kepada makanan sejuk beku (frozen foods) sebagai kategori baharu menjadikan 15 kategori barangan berbanding 14 kategori barangan sebelum ini,” kata kementerian itu melalui jawapan bertulis Dewan Negara pada Khamis.
Kerajaan juga telah menambah bilangan jenis barangan yang boleh dibeli kepada 140,000 barangan berbanding 100,000 barangan sebelum ini.
MoF berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Ahmad Ibrahim mengenai sama ada kementerian itu akan memperluaskan kategori barangan keperluan asas dalam bantuan SARA termasuk kategori barangan basah seperti ayam, daging dan sayur.
Sementara itu, MoF berkata kerajaan akan terus meneliti dan mengkaji perluasan SARA kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) daripada golongan asnaf, B40 dan M40 dengan mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terlebih dahulu.
Kerajaan kekal komited dan sentiasa memantau situasi semasa dalam memastikan program bantuan tunai kerajaan terus disalurkan kepada golongan memerlukan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
MoF berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Norhasmimi Abdul Ghani mengenai sama ada kerajaan bercadang memperluaskan SARA dalam bentuk bantuan bulanan kepada pelajar IPT daripada golongan asnaf, B40 dan M40, bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#sara
#barangan basah
#pelajar IPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan