awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
Majlis Keselamatan PBB gagal terima pakai draf resolusi mengenai Selat Hormuz
Margin Gamuda dikhuatiri tertekan berikutan peningkatan kos bahan mentah - CGSI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan komited perkasa masyarakat India - Kula Segaran

Bernama
Bernama
21/07/2018
21:11 MYT
Kerajaan komited perkasa masyarakat India - Kula Segaran
KULA SEGARAN: Kita akan teruskan pembinaan enam buah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil yang dilaksanakan sejak setahun lepas sehingga siap di bawah pimpinan PH. - Gambar fail
Kerajaan komited akan terus memperkasa masyakarat India terutama dalam bidang pendidikan selaras dengan janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran.
Naib Pengerusi DAP itu berkata ia termasuk menyediakan kemudahan pendidikan berkualiti kepada golongan berkenaan, termasuk menyediakan sekolah yang sempurna dan selesa.
"Kita akan teruskan pembinaan enam buah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil yang dilaksanakan sejak setahun lepas sehingga siap di bawah pimpinan PH.
"Saya telahpun membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan kerajaan bersetuju supaya SJK tidak kira Tamil dan Cina akan disiapkan tanpa diskriminasi walaupun kekurangan kewangan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat India di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, malam ini.
Turut hadir Exco Perpaduan Negeri, G. Saminathan dan Timbalan Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Datuk R. Rajasekharan.
Menurut Kula Segaran, sehingga kini, terdapat sebanyak 525buah SJK Tamil di seluruh negara.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya yakin masyarakat India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis akan terus menyokong calon PH yang diletakkan di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Kecil yang diadakan pada 4 Ogos ini.
"Keyakinan ini bersandarkan kepada lebih 80 peratus masyarakat India menunjukkan sokongan kepada PH pada PRU14 lepas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#janji
#M Kula Segaran
#Manifesto
#masyarakat India
#Menteri Sumber Manusia
#Pakatan Harapan
#PH
#pilihan raya umum
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan