awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan komited perkukuh tadbir urus pendigitalan negara - Gobind

Bernama
Bernama
09/02/2026
11:45 MYT
Kerajaan komited perkukuh tadbir urus pendigitalan negara - Gobind
Menteri Digital Gobind Singh Deo ketika sesi penggulungan titah Seri Paduka Baginda pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Kementerian Digital komited untuk memperkukuh tadbir urus pendigitalan negara, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Ringkasan AI
  • Kementerian Digital komited memperkukuh tadbir urus pendigitalan negara dengan penekanan kepada penggubalan kerangka perundangan komprehensif berkaitan AI dan deepfake, peningkatan literasi digital, serta pembinaan kepercayaan data.
  • Pendekatan ini bertujuan melindungi hak rakyat, memastikan penggunaan teknologi bertanggungjawab, ekosistem digital selamat, inklusif, dan berdaya saing, serta menghadapi ancaman keselamatan digital yang kompleks.
  • Ancaman tersebut termasuk jenayah digital, penipuan dalam talian, serta penyalahgunaan teknologi AI dan deepfake yang boleh merosakkan integriti maklumat dan kepercayaan awam.

Beliau berkata penekanan akan diberikan kepada penggubalan kerangka perundangan yang lebih komprehensif berkaitan penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) dan deepfake (palsuan), pembinaan kepercayaan data, serta peningkatan literasi digital dalam kalangan rakyat.
"Pendekatan ini bertujuan memastikan hak dan kepentingan rakyat dilindungi, penggunaan teknologi berlaku secara bertanggungjawab dan beretika, serta ekosistem digital negara berkembang secara selamat, inklusif dan berdaya saing.
"Kementerian Digital mengakui bahawa ancaman keselamatan digital hari ini semakin kompleks dan memberi kesan langsung kepada rakyat serta kestabilan sosial," katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau juga berkata ancaman itu khususnya melibatkan peningkatan jenayah digital, penipuan dalam talian serta penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan dan deepfake yang menjejaskan integriti maklumat dan kepercayaan awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Digital
#tadbir urus pendigitalan negara
#Gobind Singh Deo
#Kecerdasan buatan AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan