awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Penantian berakhir selepas 9 tahun, pingat emas kembali ke China
Guru dipercayai langgar pelajar Tingkatan Satu tiba di mahkamah untuk direman
PGA Lahad Datu rampas pelbagai barang RM 4.1 juta di ESSZONE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lancar kempen Pembudayaan Norma Baharu Ogos ini - Ismail Sabri

Fareez Azman
Fareez Azman
06/08/2020
06:38 MYT
Kerajaan lancar kempen Pembudayaan Norma Baharu Ogos ini - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memaklumkan perkara itu pada Khamis. - Gambar fail
Kerajaan akan melancarkan kempen Pembudayaan Norma Baharu bagi memastikan setiap rakyat di negara ini terus mengikut prosedur operasi Standard (SOP) dalam keadaan pandemik COVID-19.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kempen itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Sukan Pagoh, pada 8 Ogos ini.
"Pada masa yang sama, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melancarkan logo dan tagline kempen ini serta buku Pembudayaan Norma Baharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Seperti kita tahu, ramai rakyat sudah rasa selesa, alpa dengan SOP dan norma baharu ini. Maka kerajaan lancarkan kempen supaya norma baharu ini menjadi sebahagian budaya kita," katanya dalam sidang media pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) pada Khamis.
Tambah Ismail Sabri, kempen itu dijangka mampu mengurangkan jumlah rakyat yang ingkar kepada arahan PKP dan norma baharu yang ditetapkan kerajaan.
Semalam, seramai 121 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk kesalahan menjalankan aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai dan menyukarkan penjarakan fizikal.
Daripada jumlah itu, 32 individu direman, dua individu diberi jaminan dan 87 yang lain dikenakan kompaun.
Topic Berkaitan
#kempen
#Kempen Pembudayaan Norma Baharu
#kesihatan
#KKM
#Muhyiddin Yassin
#Ogos
#PDRM
#Perdana Menteri
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#PKPP
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan