awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan masih kekalkan subsidi haji untuk semua jemaah - Idris

Bernama
Bernama
16/04/2022
08:45 MYT
Kerajaan masih kekalkan subsidi haji untuk semua jemaah - Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menyampaikan ucapan sempena pelancaran Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Kerajaan masih mengekalkan subsidi haji seperti sebelum ini walaupun terdapat cadangan supaya ia diberi secara bersasar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
"Cadangan kita setakat hari ini, kita masih kekal bagi bantuan haji kepada semua golongan dan akan ada formula diberi nanti.
"Kita tidak letak nama subsidi, kita namakan bantuan haji. Ini bukan duit kerajaan sebaliknya subsidi itu diambil daripada keuntungan penyimpan (pendeposit)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan (Mawaddah Centre) di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan terdapat pihak mencadangkan supaya melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar dengan keutamaan kepada golongan B40 mengambil kira kos seorang jemaah muassasah dijangka meningkat hingga RM25,000 dan bayaran jemaah RM9,980 subsidi yang ditanggung Tabung Haji amat besar.
Mengulas lanjut, Idris berkata mengenai jumlah kos jemaah perlu membayarnya, ia akan diumumkan selepas mendapat kuota haji daripada kerajaan Arab Saudi.
"Insya-Allah, ia tidak membebankan jemaah dan pada masa sama, saya juga ada memohon untuk menambah bilangan kuota haji termasuk menghantar surat rayuan kepada kerajaan Arab Saudi," katanya.
Dalam perkembangan lain, Idris berkata kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan kerjasama dengan semua exco bahagian kekeluargaan di seluruh negeri bagi menangani perceraian rumah tangga di negara ini.
Beliau berkata kolaborasi tersebut melibatkan hal kaunseling dan kursus Program Pembangunan Pengajar (TOT).
"Kita akan mengadakan satu program kepada mereka yang terlibat manakala satu lagi program melibatkan bimbingan daripada kaunselor bertauliah.
"Memang kita menanganinya bukan sahaja secara mendidik malah menghalang perkara tidak diingini berlaku," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan media berhubung masalah seksual yang berlaku dalam kalangan wanita antara punca kes perceraian tertinggi di Malaysia terutama di Kelantan dan Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#subsidi haji
#ibadah haji
#bantuan haji
#golongan B40
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan