awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan masih tiada jalan penyelesaian isu MAS - Tun Mahathir

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
06/05/2019
09:24 MYT
Kerajaan masih tiada jalan penyelesaian isu MAS - Tun Mahathir
Khazanah merupakan satu-satunya pemegang saham MAS setelah mengambil alih syarikat penerbangan itu pada 2014. - Gambar fail
Kerajaan masih belum menemui penyelesaian kemelut Malaysia Airlines Bhd (MAS) yang sehingga kini berhadapan masalah yang sangat kronik.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, tiada sebarang keputusan juga dibuat walaupun banyak pihak memberikan cadangan tentang langkah yang harus dilakukan.
"Banyak syarikat penerbangan sudah dijual. Sukar untuk bersaing susulan kemunculan syarikat penerbangan tambang rendah dan juga syarikat penerbangan Arab yang menyediakan kemudahan mewah dan pelbagai imbuhan lain.
"Saya tidak tahu bagaimana mereka membuat keuntungan, namun tiada yang dapat mencabarnya. Ia merupakan perniagaan yang sangat sukar sekarang," katanya semasa sidang media di pejabatnya di sini, pada Isnin.
Katanya, kerajaan sebelum ini juga telah menamatkan perkhidmatan 6,000 pekerja selain mengurangkan laluannya di seluruh dunia.
Khazanah Nasional, sayap pelaburan kerajaan, dilaporkan mengalami rosot nilai RM7.3 bilion pada tahun lepas dengan sebahagian besarnya disumbangkan oleh MAS.
Khazanah merupakan satu-satunya pemegang saham MAS setelah mengambil alih syarikat penerbangan itu pada 2014 dan ia telah menyuntik dana sebanyak RM6 bilion untuk membaiki prestasi syarikat namun usaha tersebut gagal.
Dr. Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan akan mengkaji pelbagai opsyen sebelum membuat keputusan mengenai masa depan MAS, iaitu sama ada akan menutup, menjual atau membiayainya semula.
Topic Berkaitan
#Khazanah
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Airlines
#MAS
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan