awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan menang rayuan berhubung perintah pelarasan pencen RM1.7 bilion

Bernama
Bernama
09/03/2026
04:49 MYT
Kerajaan menang rayuan berhubung perintah pelarasan pencen RM1.7 bilion
Keputusan berkenaan dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Lim Chong Fong, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, dalam permohonan semakan kehakiman difailkan Aminah Ahmad, yang bersara sebagai penjawat awam
Kerajaan hari ini berjaya dalam rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar tunggakan pencen berjumlah RM1.7 bilion kepada 531,976 pesara berdasarkan gaji terakhir mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016.
Keputusan berkenaan dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Lim Chong Fong, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, dalam permohonan semakan kehakiman difailkan Aminah Ahmad, yang bersara sebagai penjawat awam di Kementerian Luar.
Dalam keputusan sebulat suara itu, Azhahari berkata isu pelarasan pencen telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini pada 2022 berhubung tindakan undang-undang pertama Aminah (saman pemula (OS) pada 2017.
Berikutan keputusan hari ini, kerajaan tidak lagi perlu membayar jumlah tersebut kepada pesara berkenaan.
Aminah, memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 12 Jan 2024, atas kapasiti beliau sendiri dan bagi pihak 56 pesara perkhidmatan awam.
Topic Berkaitan
#pencen
#Mahkamah Rayuan
#kerajaan malaysia
#Aminah Ahmad
#pesara awam
#RM1.7 bilion
#semakan kehakiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan