awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri berhak laksana dasar pendidikan tinggi percuma - Zambry

Bernama
Bernama
05/03/2024
10:12 MYT
Kerajaan negeri berhak laksana dasar pendidikan tinggi percuma - Zambry
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir (dua,kiri) menyantuni para pelajar ketika melawat Kolej Universiti i-CATS, hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Kerajaan mana-mana negeri mempunyai hak untuk melaksanakan dasar pendidikan tinggi percuma bagi membantu anak jati mereka.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata dasar itu boleh dilaksana mengikut kemampuan setiap negeri.
"Negeri mempunyai dasar (pendidikan) dan mereka ingin membantu anak negeri mereka untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti serta kolej.
"Jadi itu adalah hak negeri kerana mereka mempunyai kemampuan untuk membantu anak negeri masing-masing," katanya selepas melakukan lawatan ke Kolej Universiti i-CATS di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 1 Okt 2023 bahawa pendidikan percuma di universiti dan institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu untuk anak jati Bumi Kenyalang dijangka dilaksanakan pada 2026.
Abang Johari juga berkata unjuran pendapatan tahunan Sarawak yang terus menunjukkan peningkatan sejak 2020 telah memberikan keyakinan kepada beliau untuk menetapkan jangkaan itu.
Kira-Kira 25,000 penuntut Sarawak dijangka menerima manfaat daripada dasar pendidikan tinggi percuma itu nanti.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan telah memulakan program Semarak Kampus MADANI atau Jerayawara KPT iaitu siri jelajah ke institusi pendidikan tinggi termasuk universiti awam dan swasta, politeknik serta kolej komuniti di seluruh negara.
Berkonsepkan program turun padang, Jerayawara KPT akan melihat situasi sebenar di peringkat institusi dan mendengar sendiri keluh-kesah pelaksanaan dasar di peringkat akar umbi dalam memastikan aspek kebajikan terutama bagi para pelajar serta petugas diutamakan.
Sarawak menjadi zon pertama dipilih KPT untuk penganjuran program dua hari itu, yang bermula hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Institusi Pengajian Tinggi
#Zambry Abd Kadir
#Abang Johari Tun Openg
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan