awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Pahang cadang tambah Rumah Rakyat Pahang

Bernama
Bernama
17/06/2022
13:36 MYT
Kerajaan Pahang cadang tambah Rumah Rakyat Pahang
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berucap pada Majlis Penyerahan Suratan Hakmilik, Surat Kelulusan dan Notis 5A Skim Tanah Rakyat serta Surat Tawaran Penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 2B Daerah Maran hari ini. - Foto BERNAMA
MARAN: Kerajaan Negeri Pahang bercadang untuk menambah bilangan Rumah Rakyat Pahang (RRP) tahun hadapan bagi membantu golongan yang memerlukan untuk memiliki rumah sendiri.
Bagaimanapun Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata cadangan itu akan dilaksanakan sekiranya sasaran kutipan hasil kerajaan negeri sebanyak RM1 bilion tahun ini berjaya dicapai.
"Bergantung kepada kedudukan kewangan negeri, saya bagi jaminan kalau dapat RM1 bilion (kutipan hasil) kita akan tambah," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Suratan Hak Milik, Surat dan Notis 5A Skim Tanah Rakyat serta Surat Tawaran Penerima RRP Fasa 2B Daerah Maran di Dewan Serbaguna Kampung Kuala Sentul di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Maran Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib.
Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM19.95 juta bagi membina 266 unit RRP tahun ini iaitu setiap kawasan Parlimen diperuntukkan satu RRP manakala enam RRP bagi kawasan Dewan Undangan Negeri.
Mengulas mengenai tahap kemajuan pembinaan RRP berkenaan, Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, berkata setakat ini ia berjalan dengan baik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah rakyat pahang
#RRP
#Kerajaan negeri Pahang
#Menteri Besar
#Wan Rosdy Wan Ismail
#Maran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan