awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang
Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan
Itali tangguh pembaharuan automatik perjanjian pertahanan dengan Israel - PM Meloni
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pantau situasi, pelajar Malaysia di Asia Barat selamat - Zambry

Bernama
Bernama
02/03/2026
12:45 MYT
Kerajaan pantau situasi, pelajar Malaysia di Asia Barat selamat - Zambry
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata pihak kementerian dengan kerjasama rapat Kementerian Luar Negeri sentiasa memantau keadaan dari semasa ke semasa, dan setakat ini tiada pelajar dilaporkan terjejas. - Foto BERNAMA
Kesemua 1,936 pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di rantau Asia Barat dilaporkan selamat berikutan beberapa negara terjejas susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata pihak kementerian dengan kerjasama rapat Kementerian Luar Negeri sentiasa memantau keadaan dari semasa ke semasa, dan setakat ini tiada pelajar dilaporkan terjejas.
Beliau berkata berdasarkan rekod pendaftaran semasa, majoriti pelajar berada di Jordan, iaitu 1,762 orang, diikuti Arab Saudi (135), Emiriah Arab Bersatu (21), Kuwait (sembilan), Iran (enam) dan Qatar (tiga).
"Sehingga kini, kita tidak mendapat sebarang laporan mengenai keadaan yang membimbangkan dan setakat ini juga, belum ada sebarang permintaan daripada pelajar untuk dibawa pulang ke tanah air.
"Pihak Education Malaysia (EM) yang berpusat di Dubai dan Jordan sentiasa memantau seluruh negara-negara Arab ini dan melaporkan status keberadaan pelajar kita dengan sebaik-baiknya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Iftar Mahabbah IPTA Kelantan@UMK 2026 di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok petang ini.
Bagaimanapun, Zambry menggesa mana-mana pelajar Malaysia di negara Arab yang melanjutkan pengajian secara persendirian, dan belum mendaftar dengan pihak kedutaan atau EM supaya tampil berbuat demikian dengan segera.
Beliau berkata langkah itu disifatkan amat penting bagi memudahkan pihak kerajaan menyusun pelan tindakan menyelamat sekiranya keadaan bertambah kritikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Serangan AS-Israel
#pelajar malaysia
#Asia Barat
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan