awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan rancang bina kem tentera di Kudat

Bernama
Bernama
08/09/2013
06:16 MYT
Kerajaan rancang bina kem tentera di Kudat
Kerajaan merancang membina sebuah kem tentera yang mampu menempatkan satu batalion ketumbukan anggota tentera di Kudat, Sabah.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata pembinaan kem itu penting untuk melengkapkan pertahanan negeri Sabah terutamanya di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM).
Kerajaan juga akan menambah aset ketenteraan yang bersesuaian, selain meningkatkan keupayaan dan keberkesanan risikan untuk memastikan sebarang pencerobohan asing dan angkara terorisme dapat dibanteras, katanya.
"Rakyat juga diingatkan sentiasa memberikan kerjasama erat kepada pasukan pertahanan dan keselamatan negara dan tidak memberikan ruang kepada orang asing untuk mengganggu-gugat keutuhan kedaulatan negara.
"Rakyat diseru memberikan dan menyalurkan maklumat sahih kepada anggota pertahanan dan keselamatan negara sebarang aktiviti yang mencurigakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, Abdul Rahim berkata pihak tertentu diminta tidak meyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan keresahan dan ketakutan kepada rakyat.
Topic Berkaitan
#kem tentera
#kerajaan
#Kudat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan