Kerajaan salur RM20 juta basmi kemiskinan di Kelantan - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau keadaan masjid baharu pada majlis ramah mesra dan lawatan di Masjid Gong Chapa Temila, hari ini. - Gambar/ Bernama
Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi program pembasmian kemiskinan di Kelantan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata peruntukan itu akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Kelantan.
“Sejak tahun lepas, saya turun ke daerah untuk mendengar masalah yang dihadapi daripada Ketua Jajahan seperti isu parit kerana hal ini menyentuh masalah rakyat, sebab itu kita dengar dan ambil perhatian.
“Walaupun masalah kemiskinan tegar selesai, masalah kemiskinan ini masih ramai termasuk di Kelantan. Jadi saya akan bagi peruntukan khas tambahan di Kelantan untuk projek membantu rakyat bawah kategori miskin sebanyak RM20 juta,” kata beliau.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Lawatan Masjid Gong Chapa di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

