awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sasar kadar NRW turun 28.8 peratus menjelang 2030

Faida Rahim
Faida Rahim
19/11/2024
03:15 MYT
Kerajaan sasar kadar NRW turun 28.8 peratus menjelang 2030
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia berdasarkan kepada proses penggantian paip di seluruh negara yang ketika ini dibuat secara berperingkat. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan penghasilan air tidak berhasil (NRW) kebangsaan kepada 28.8 peratus menjelang 2030.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia berdasarkan kepada proses penggantian paip di seluruh negara yang ketika ini dibuat secara berperingkat.
"(Ketika ini NRW adalah sebanyak) 34.6 peratus untuk Malaysia secara keseluruhan bagi tahun ini.
"Kalau kita dapat cepat laksanakan, sasaran kita sehingga 2030 adalah 28.8 peratus pengurangan dengan penggantian paip. Penggantian paip masih berjalan tapi berperingkat mengikut kemampuan kewangan yang ada," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Water Loss Asia 2024 di Kuala Lumpur pada Selasa.
Tambah beliau, pelaksanaan penggantian paip dan penyelesaian secara holistik menerusi NRW Kebangsaan kini dalam proses berperingkat dan berterusan.
Fadillah memaklumkan Kerajaan berharap pelaksanaan ini dapat meningkatkan kecekapan pengurusan bekalan air, sejajar dengan matlamat program NRW kebangsaan.
“Penggantian paip sudah dibuat secara berperingkat tetapi bukan sahaja berperingkat tetapi kena berterusan sebab keseluruhan air paip itu panjang, jadi kosnya mahal.
“Peruntukan yang kita dapat dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) lebih kurang RM2.5 bilion,” katanya.
Topic Berkaitan
#NRW
#Air Tidak Berhasil
#Fadillah Yusof
#Petra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan