awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sedia kaji naikkan had laju di laluan Klang-Teluk Intan berhampiran Sungai Besar

Bernama
Bernama
17/06/2016
00:00 MYT
Kerajaan sedia kaji naikkan had laju di laluan Klang-Teluk Intan berhampiran Sungai Besar
Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata kajian itu bertujuan melihat sama ada had laju 80 kilometer pada masa ini bersesuaian dengan kawasan berkenaan.
Kerajaan sedia membuat kajian menaikkan had laju di laluan Klang-Teluk Intan di Sungai Besar, sekiranya ada permintaan daripada masyarakat di kawasan itu.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata kajian itu bertujuan melihat sama ada had laju 80 kilometer pada masa ini bersesuaian dengan kawasan berkenaan.
"Kita akan panggil semua pihak berkepentingan termasuk penduduk dan pemimpin masyarakat untuk kita membuat satu sesi percambahan minda untuk mendapatkan satu keputusan yang dapat diterima semua pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen keselamatan jalan raya dan majlis iftar di sini, pad Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keluhan segelintir penduduk Sungai Besar yang merasakan had laju di kawasan itu terlalu rendah sehingga ada dalam kalangan mereka disaman kerana memandu melebihi had laju.
Dalam pada itu, Ab Aziz mengingatkan pengguna supaya lebih berhati-hati di jalan raya terutama menjelang musim perayaan ini.
Katanya kes kemalangan jalan raya begitu membimbangkan dengan sebanyak 18 kes kemalangan maut direkodkan setiap hari di negara ini.
Topic Berkaitan
#Ab Aziz Kaprawi
#had laju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan