awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
19/01/2025
03:15 MYT
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Dr Zaliha (tengah) mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan bersama peserta-peserta pada program Best (Bersih Setiap Tempat) hari ini. Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia untuk menyalurkan peruntukan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan menerusi program Bersih Semua Tempat (BeST).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata inisiatif itu bagi mendorong pembudayaan persekitaran bersih dalam kehidupan seharian masyarakat di Wilayah Persekutuan.
"Kita memang ada peruntukan di peringkat Wilayah Persekutuan. Jadi kita mahu lakukan ini di peringkat komuniti dan kalau ada NGO yang berminat bekerjasama dengan kita selaku rakan strategik, kita ada sediakan bajet untuk menggalakkan mereka melaksanakannya di peringkat komuniti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program BeST secara serentak di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di sini hari ini.
Dr Zaliha berkata pelaksanaan program BeST itu selari usaha mewujudkan Wilayah Persekutuan sebagai bandar bersih dan mampan sekali gus membina imej negara yang positif bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Terdahulu, beliau melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan sempena program Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang akan disambut pada 1 Feb.
Sebanyak 72,000 bendera Wilayah Persekutuan daripada pelbagai saiz diedarkan pada tahun ini melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#program BeST
#Bersih Semua Tempat
#NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan