awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tanggung kos kuarantin jemaah umrah - Abdul Latiff

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/01/2022
10:05 MYT
Kerajaan tanggung kos kuarantin jemaah umrah - Abdul Latiff
Abdul Latiff berkata, kerajaan memahami ramai jemaah yang bimbang mengenai kos tambahan selain isu membabitkan keselesaan ketika menjalani kuarantin, justeru memberi mereka pilihan. - Gambar fail/SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung kos kuarantin termasuk makan, minum dan pengangkutan dari lapangan terbang bagi jemaah umrah yang pulang dari Tanah Suci.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Abdul Latiff Ahmad berkata, bagi penempatan kuarantin yang diurus kerajaan, individu bawah pengawasan (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditempatkan di hotel atau Pusat Latihan Awam bergantung ketersediaan bilik pada hari ketibaan.
Katanya, kerajaan memahami ramai jemaah yang bimbang mengenai kos tambahan selain isu membabitkan keselesaan ketika menjalani kuarantin, justeru memberi mereka pilihan.
“Jemaah umrah mempunyai pilihan sama ada berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta atau stesen kuarantin yang diuruskan kerajaan. Tempoh kuarantin adalah seperti yang ditetapkan KKM,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
[TERKINI] Pelaksanaan proses kuarantin jemaah umrah
BACA: COVID-19: Umrah ditangguh, 1,306 jemaah dikesan positif - Khairy
BACA: Tiga agensi pelancongan bantah penangguhan umrah
Menurut Abdul Latiff, senarai pusat kuarantin untuk jemaah di Stesen Kuarantin Institut Latihan Awam (QS ILA) melibatkan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Nilai; Institut Aminuddin Baki (IAB), Nilai; Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi; Institut Semarak Felda (ISEF), Bangi; Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi dan Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur.
Tambahnya, bagi Stesen Kuarantin Hotel pula melibatkan Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur (Hotel Royal; Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang; Hotel IBIS, KLCC; Hotel Furama, Bukit Bintang; Hotel Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade; IBIS Style KL Fraser Business Park; Hotel AnCasa; Hotel Cosmo; Hotel KIP dan Hotel Arena Star).
"Di Selangor membabitkan Hotel Sama-sama; Hotel Gorsett Grand, Subang; Hotel Crystall Crown, Petaling Jaya; Hotel Sunway Clio; Hotel Hilton Garden Inn, Puchong; Hotel Oriental Crystal; Hotel Summit, USJ dan Hotel Pegasus, Shah Alam," katanya.
Topic Berkaitan
#umrah
#kos kuarantin
#jemaah haji
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan