awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian dedah cara nyamuk kesan manusia guna bau dan penglihatan
Ribut petir, hujan lebat di lima negeri
TSMC catat pertumbuhan kukuh susulan lonjakan cip AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan teliti perluasan subsidi diesel, pastikan tiada golongan tercicir

Bernama
Bernama
12/04/2026
02:54 MYT
Kerajaan teliti perluasan subsidi diesel, pastikan tiada golongan tercicir
Muhammad Kamil berkata langkah rasionalisasi subsidi, penjimatan perbelanjaan serta penguatkuasaan bagi mengawal ketirisan sebelum ini membolehkan negara menampung kesan kenaikan harga minyak global setakat ini. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan sedang meneliti secara komprehensif cadangan untuk memperluaskan pelaksanaan subsidi diesel bagi memastikan lebih banyak golongan terkesan, termasuk petani mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim berkata kerajaan sentiasa mendengar keluhan kumpulan itu yang terjejas akibat kenaikan harga diesel dan kini sedang mengenal pasti kaedah membantu mereka.
Beliau berkata antara yang diteliti pelaksanaan subsidi bersasar seperti dalam program BUDI MADANI RON95 (BUDI95), selain perluasan penggunaan kad armada atau fleet card kepada golongan lain yang sebelum ini tidak menerima kemudahan berkenaan, termasuk petani.
“Jadi, itu semua dalam kajian termasuk keluhan daripada golongan petani yang ada sebahagiannya tidak subscribe kepada skim yang ada sekarang ini tetapi mereka ini terkesan.
“Kerajaan sedang meneliti secara komprehensif keseluruhan perkara ini supaya tidak ada mana-mana pihak yang kemudian tertinggal apabila kajian dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Perpaduan Raya Segayong di Gurun di sini malam tadi.
Beliau berkata kejayaan pelaksanaan program BUDI95 yang mencatatkan masalah minimum menjadi rujukan penting dalam merangka pendekatan baharu bagi perluasan subsidi diesel, dengan penekanan kepada pelaksanaan yang lebih cekap, mudah dan lancar.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan turut mengambil kira cabaran fiskal semasa apabila perbelanjaan bagi menampung kenaikan mendadak harga minyak daripada kira-kira RM700 juta kepada RM6 bilion.
“Peningkatan ini menunjukkan komitmen besar kerajaan untuk memastikan rakyat tidak terkesan secara serius akibat kenaikan harga minyak global namun pada masa sama kita perlu menilai keupayaan kewangan semasa,” katanya.
Muhammad Kamil berkata langkah rasionalisasi subsidi, penjimatan perbelanjaan serta penguatkuasaan bagi mengawal ketirisan sebelum ini membolehkan negara menampung kesan kenaikan harga minyak global setakat ini.
“Tapi kalau kosnya terus meningkat, saya tidak fikir kita wajar untuk terus berada dalam keadaan sekarang ini, sebaliknya kita perlu melakukan penyesuaian dan berganjak sesuai dengan perkembangan ekonomi semasa,” katanya.
Mengenai isu perkhidmatan feri ke Langkawi yang turut terkesan, beliau berkata perkara berkenaan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan yang akan menilai sebarang cadangan penambahbaikan, termasuk implikasi terhadap sektor pelancongan di pulau peranginan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#subsidi
#diesel
#Muhammad Kamil Abdul Munim
#rasionalisasi subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan