awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MFL nafi sambutan Piala Malaysia, Piala Cabaran suram
Kamala Harris beri bayangan mungkin bertanding Presiden AS 2028
Isu Epstein kembali jadi tumpuan selepas ucapan Melania Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan terus pantau rapi, lindungi rakyat serta urus ekonomi negara secara proaktif

Bernama
Bernama
31/03/2026
14:08 MYT
Kerajaan terus pantau rapi, lindungi rakyat serta urus ekonomi negara secara proaktif
Amir Hamzah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keterjaminan Tenaga dan Kesan Konflik Asia Barat Bilangan Ketiga bagi membincangkan dapatan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), pada Selasa. - Gambar Facebook Kementerian Kewangan
Kerajaan akan terus memantau rapi dan berusaha supaya dapat melindungi rakyat di samping mengurus ekonomi negara secara proaktif, menyeluruh dan teratur, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata, asas ekonomi negara kekal kukuh dan berdaya tahan manakala respons awal telah pun dilaksanakan.
“Namun begitu, kerajaan kini mengambil pendekatan kesiapsiagaan tinggi untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk krisis tenaga global. Ini adalah realiti yang bakal kita hadapi,” katanya dalam hantaran di laman sosial rasmi beliau pada Selasa.
Sebelum itu, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keterjaminan Tenaga dan Kesan Konflik Asia Barat Bilangan Ketiga bagi membincangkan dapatan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
“Konflik Asia Barat terus meruncing dan tidak kelihatan tanda-tanda penyelesaian dalam masa terdekat, seterusnya memberi tekanan dan implikasi yang besar terhadap tenaga, rantaian bekalan dan ekonomi global,” katanya.
Amir Hamzah berkata, ikhtiar kerajaan turut mengambil kira kesejahteraan rakyat dan kemampanan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta industri.
Oleh itu, kerajaan menggalakkan perubahan kepada gaya hidup yang lebih berhemat dan bersederhana seperti merancang perjalanan, perbelanjaan, penggunaan elektrik di rumah dan pejabat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amir Hamzah Azizan
#MTEN
#Asia Barat
#ekonomi global
#PKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan